Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 25, 2010

Straight Stitches 2

Entri kali ini saya tulis berkenaan cara saya add zips without pull dengan fabric..dan juga cara saya aplikasikan penggunaan mesin Janome 2049.

Saya memang pengguna setia zips without pull sebab senang nak potong..cuma kekurangannya..zip jenis ini kurang dipasaran  Malaysia.. kalau ada pun warna hitam dan putih. Oleh kerana saya merupakan beginner and self taught leaner, banyak trial and error dan pembaziran yang telah saya lakukan. Tapi xpela kan , untuk dapat hasil yang terbaik...mesti ada pengorbanannya.

Masalah utama saya ialah, sukar untuk saya masukkan kepala zip once I had separate the zip with pull. Banyak tips yang saya dah cuba ...dan setelah mencuba beberapa kali, akhirnya saya dapat solution untuk problem ini...


Zip yang saya nak gunakan, saya akan potong lebih sedikit pada hujungnya. Kemudian setiap hujung kiri dan kanan saya jahitkan. Penyepit rambut juga saya gunakan untuk pastikan fabrik tak bergerak dan statik masa saya menjahit nanti.


Saya gunakan tapak basi 1/4 untuk jahit kemasa zip pada fabrik.


Ini hasilnya pada satu bahagian. Ulangi langkah jahitan sebelum ni tetapi kali ini, zipnya dibuka dan tempat tapak (bahagian yang kita akan keluarkan dari mesin Janome 2049 setiap kali nak menjahit tepi lengan atau seluar) saya buka. Jahit macam biasa menggunakan tapak basi 1/4 dan hasilnya....

 


Kemudian saya tandakan bahagian yang hendak dijahit pada sebelah dalam (maaf, pembarisnya berkedudukan terbalik) dan saya jahit mengikut tempat yang telah ditanda.


Saya gunakan tapak biasa untuk proses ini. Setelah selesai pada kedua-dua bahagian, barulah saya trim dan jahit tepi dengan menggunakan tapak jahit tepi.  


Hasilnya boleh la diterima, tidaklah sesempurna menggunakan mesin jahit tepi, namun saya puas hati.




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Titipan ...